Monday, September 24, 2018

Tamat Belajar

Alhamdulillah, aku berjaya habiskan sarjana muda aku. Terlalu banyak onak duri sepanjang perjalanan ini.

Aku pernah jatuh. Sakit weh, sakit untuk menahan perit kejatuhan itu.

"Allah tak akan beri kita sesuatu ujian jika kita tak mampu" kan?

Allah kurniakan aku sahabat. Sahabat yg sangat baik. Yg sentiasa ada disaat aku susah disaat aku lemah mereka ada untuk membantu.

Far, Una, Syu dan Aini.

Insan yg dipilih oleh Allah untuk berada bersama aku. Mereka la sahabat yg terlalu banyak membantu aku semasa di kampus. Actually, diorang selalu jadi groupmate aku. Terima kasih tau sudi terima Ira as groupmate korang walaupun Ira ni kadang2 agak menyusahkan.

Hanis, Omma, Merry, Shieda

Mana mungkin saya lupa kan kalian. Korang la yg telah mewarnai kehidupan seorang Mahirah ini. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya, kawan rapat saya. Saya tahu, saya ni seorang yg annoying sangat. Tak semua sudi berkawan rapat dengan saya, mungkin saya ni membosankan, haha.

***Jasa mereka tidak mampu aku balas. Aku bermohon pada Allah agar Allah sentiasa merahmati kalian. Agar kalian sentiasa berjaya. Agar kalian sentiasa dimurahkan rezeki dan menjadi hamba Allah yg diberi ketetapan Iman sehingga ke akhir kehidupan ini, InsyaAllah.

Lastly, yeahhhh I'm done my degree, alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment