Thursday, April 29, 2021

RUMAH SEWA

Hi and Assalamualaikum. Setelah sekian lama ya tak menulis dan hari ni muncul kembali. Haa tiber. Acah macam ramai pembaca agaga.

Aku ada banyak sikit masa terluang jadi kita guna la sedikit masa ni untuk menulis. Cuma nak bagitau saya sekarang dah jauh dari family. Dah tak duduk dengan emak. Sekarang dah duduk rumah sewa.  Sebab aku dah dapat kerja baru hehe.

Dan ini adalah pertama kali aku duduk rumah sewa. Alhamdulullah semua baik baik sahaja. Housemate roomate tuan rumah sangat lah baik. Keadaan rumah pun alhamdulillah selesa.

Sebenarnya mula mula aku dapat sewa bilik murah. 1 bilik kongsi 2 orang RM170. Paling murah tu. Aku sampai Ahad. Malam tu aku dah gigih cari bilik sewa lain. Esok lepas balik kerja terus tengok keadaan rumah tu dan aku puas hati. Jadi terus buat pembayaran. Lusa balik kerja terus kemas barang rumah lama masuk rumah baru. Duit rumah lama tu burn begitu sahaja ha ha ha ha.

Sebab apa? Sebab aku tak selesa rumah tu. Keadaan nya buat aku jadi tak happy so aku decide untuk cari lain. And alhamdulillah sekarang dah pun selesa and happy (sengih nampak gigi besi).

Untuk post kali ni aku tak nak cerita pasal kerja. Tapi cuma nak bagitau alhamdulillah tempat kerja baru pun semua nya baik baik sahaja. Ira masih seorang gadis yg ceria.



Ini ruang tamu and meja makan. TV tu berfungi hari hari layan drama pukul 7


Tu tempat iron baju. And kat luar tu ada tempat sidai baju.


Ini dapur. Masuk pintu tu ada mesin basuh.



Ini bilik saya. 1 bilik kongsi 2 orang.


Ada kolam hehe. Tapi tak boleh mandi. Covid.


Sewa bilik bulan bulan RM240 termasuk bil letrik dan air. Saya tahu ada orang nak tahu keadaan saya bagaimana di sini, hehe. So saya rajin kan diri saya menulis blog untuk awak yg ingin tahu. 


Ye kita rindu awak semua ♥️


Thursday, January 16, 2020

K E Y A K I N A N

Semakin hari aku rasa aku semakin negatif dengan diri.

Semakin hari aku rasa keyakinan diri aku semakin lemah.

Semakin hari aku rasa useless.

Semakin hari aku rasa bodoh.

Semakin hari aku rasa berdebar.

Pernah rasa?

Entah. Mungkin keadaan sekeliling orang yg sebaya aku buat aku rasa sangat kecil. Lemah nya aku. Mungkin umur aku semakin meningkat tapi satu kejayaan aku tak nampak.

Mereka dah ada pekerjaan tetap. Tapi aku?
Mereka ada gaji lebih tinggi dari aku. Tapi aku?
Tapi aku?

Dan...

Mereka boleh beri kemewahan kepada kedua ibu bapa. Sedangkan aku?

Perasaan negatif and rendah diri menguasai diri dan kadang kala aku menjadi kemurungan bila memikirkan mengapa dan kenapa aku macam ni.

Penat.


Sunday, January 5, 2020

2020

Alhamdulillah. Allah panjangkan umur aku lagi. Tapi aku masih tak ambil peluang untuk menjadi lebih baik. Masih melalukan dosa dosa yg sama.

Aku nak berubah.
Tapi bukan senang.

Oh ye. Dulu aku rasa 2019 adalah tahun yg buruk bagi aku. Sebab aku dikecewakan. Cinta tak kesampaian gitu agagaga.

Aku tak mengalami kemurungan tapi aku mengalami kesedihan yg berpanjangan. Aku tak faham dengan diri sendiri. Kenapa aku kena rasa benda ni. Haha sangat kelakar !

Tapi.....

2019 sebenarnya bukan tahun yg buruk. Malah tahun yg terlalu banyak kenangan yg bermakna dalam hidup aku.

Aturan Allah tu sangat cantik. Allah hantar orang orang yg aku selesa untuk bercerita, bergelak tawa, berjalan, melepak dan teman yg kongsi satu hobi dengan aku iaitu makan hahaha. Mereka dah mewarnai kehidupan seorang Mahirah Nasir.

HIKING ! 2019 aku terjebak dengan dunia hiking. Aku suka. Dan aku suka dengan team hiking aku. From there I meet new friends.

Kalau ikut kan 2019 terlalu banyak aktiviti aku lakukan. Hiking. Makan angin. Fun run and last menghadiri sobat sobat ku tunang and kahwin.

Aku rasa tahun tahun sebelum ni aku tak pernah macam ni tapi aku akui setiap tahun ada memori yg bermakna.

Sebenarnya aku just nak highlight. Aku rasa 2019 tahun paling buruk. Selagi ada masa selagi tu macam macam perkara boleh berlaku macam lagu "esok belum tiba" selagi 2019 tak habis you boleh cari bahagia and hargai diri you lagi. And yaaa before 2019 is end aku kecapi bahagia dan kepuasan untuk diri sendiri. I am so happy ! Memang sedih tu ada. Tapi kalau dilihat lihat adakah setiap hari kita sedih? Tak kan.

Tahun je kot. Ya I know. Tapi kita mesti laa nak setiap tahun kita diakhiri dengan kejayaan dan perkara yg baik. Mana yg tak baik kita usahakan yg baik untuk tahun akan datang.

Ya Allah kuatkan aku untuk redha dengan semua yg telah berlaku. Kuatkan aku untuk berubah menjadi lebih baik. Aamiin.