Sunday, January 5, 2020

2020

Alhamdulillah. Allah panjangkan umur aku lagi. Tapi aku masih tak ambil peluang untuk menjadi lebih baik. Masih melalukan dosa dosa yg sama.

Aku nak berubah.
Tapi bukan senang.

Oh ye. Dulu aku rasa 2019 adalah tahun yg buruk bagi aku. Sebab aku dikecewakan. Cinta tak kesampaian gitu agagaga.

Aku tak mengalami kemurungan tapi aku mengalami kesedihan yg berpanjangan. Aku tak faham dengan diri sendiri. Kenapa aku kena rasa benda ni. Haha sangat kelakar !

Tapi.....

2019 sebenarnya bukan tahun yg buruk. Malah tahun yg terlalu banyak kenangan yg bermakna dalam hidup aku.

Aturan Allah tu sangat cantik. Allah hantar orang orang yg aku selesa untuk bercerita, bergelak tawa, berjalan, melepak dan teman yg kongsi satu hobi dengan aku iaitu makan hahaha. Mereka dah mewarnai kehidupan seorang Mahirah Nasir.

HIKING ! 2019 aku terjebak dengan dunia hiking. Aku suka. Dan aku suka dengan team hiking aku. From there I meet new friends.

Kalau ikut kan 2019 terlalu banyak aktiviti aku lakukan. Hiking. Makan angin. Fun run and last menghadiri sobat sobat ku tunang and kahwin.

Aku rasa tahun tahun sebelum ni aku tak pernah macam ni tapi aku akui setiap tahun ada memori yg bermakna.

Sebenarnya aku just nak highlight. Aku rasa 2019 tahun paling buruk. Selagi ada masa selagi tu macam macam perkara boleh berlaku macam lagu "esok belum tiba" selagi 2019 tak habis you boleh cari bahagia and hargai diri you lagi. And yaaa before 2019 is end aku kecapi bahagia dan kepuasan untuk diri sendiri. I am so happy ! Memang sedih tu ada. Tapi kalau dilihat lihat adakah setiap hari kita sedih? Tak kan.

Tahun je kot. Ya I know. Tapi kita mesti laa nak setiap tahun kita diakhiri dengan kejayaan dan perkara yg baik. Mana yg tak baik kita usahakan yg baik untuk tahun akan datang.

Ya Allah kuatkan aku untuk redha dengan semua yg telah berlaku. Kuatkan aku untuk berubah menjadi lebih baik. Aamiin.

No comments:

Post a Comment