Monday, September 24, 2018

Tamat Belajar

Alhamdulillah, aku berjaya habiskan sarjana muda aku. Terlalu banyak onak duri sepanjang perjalanan ini.

Aku pernah jatuh. Sakit weh, sakit untuk menahan perit kejatuhan itu.

"Allah tak akan beri kita sesuatu ujian jika kita tak mampu" kan?

Allah kurniakan aku sahabat. Sahabat yg sangat baik. Yg sentiasa ada disaat aku susah disaat aku lemah mereka ada untuk membantu.

Far, Una, Syu dan Aini.

Insan yg dipilih oleh Allah untuk berada bersama aku. Mereka la sahabat yg terlalu banyak membantu aku semasa di kampus. Actually, diorang selalu jadi groupmate aku. Terima kasih tau sudi terima Ira as groupmate korang walaupun Ira ni kadang2 agak menyusahkan.

Hanis, Omma, Merry, Shieda

Mana mungkin saya lupa kan kalian. Korang la yg telah mewarnai kehidupan seorang Mahirah ini. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya, kawan rapat saya. Saya tahu, saya ni seorang yg annoying sangat. Tak semua sudi berkawan rapat dengan saya, mungkin saya ni membosankan, haha.

***Jasa mereka tidak mampu aku balas. Aku bermohon pada Allah agar Allah sentiasa merahmati kalian. Agar kalian sentiasa berjaya. Agar kalian sentiasa dimurahkan rezeki dan menjadi hamba Allah yg diberi ketetapan Iman sehingga ke akhir kehidupan ini, InsyaAllah.

Lastly, yeahhhh I'm done my degree, alhamdulillah.


Friday, August 4, 2017

Masa Depan


Kehidupan aku ketika ini sangat menceriakan. Ye la hidup senang semua mak tanggung duit belanja semua mak bagi. Aku tak kata aku dari keluarga yg kaya.  Tapi keperluan semua lengkap tiada yg kurang, alhamdulillah.

Tapi....

Keceriaan ini adakah akan kekal selamanya? Aku tak tahu laa dah habis belajar nanti kerja aku apa. Dapat ke aku nak beri kemewahan pada mak nanti. Atau aku masih meminta minta bantuan dari emak.

Persoalan ayah sedara tadi betul2 buat aku risau tentang masa depan aku. Tiba2 Aku kemurungan memikirkan masa masa yg penuh mencabar nanti.

Berdoa.
Usaha.
Yakin Allah itu la yg memberi rezeki.

Aku perlu didik diri untuk sentiasa bergantung pd Allah. Bukan manusia 😔

Menagih,
merayu,
meminta pada Allah bersungguh sungguh.


Wednesday, May 20, 2015

ADIK DAPAT UiTM?

Assalamualaikum untuk post pertama aku dalam blog ini ialah khas buat adik-adik lepasan SPM yang akan memasuki UiTM terutamanya UiTM SERI ISKANDAR PERAK. Hai adik taniah okehh !! Ok sebelum awak memulakan sesi belajar, awak semua akan ada sesi orentasi dulu selama seminggu dan minggu itu dipanggil Minggu Destini Siswa (MDS).

*Harap adik sabar untuk membaca post akak yang pnjang ini. InsyaAllah sangat bermanfaat untuk adik-adik ok.

Untuk MDS ini adik-adik akan di beri taklimat tentang kampus, contohnya sistem yang akan adik gunakan melalui laman web uitm. Selapas ini segala result, daftar kolej dll prlu mnggunakan sistem itu. Selain tu tentang taklimat kesihatan, keselamatan, akademik, pelajaran dan kolej. Penting dik penting tau! Dengar semua tu kalau boleh jangan cuba tidur k? Try faham pun jadi lah.

BENDA PENTING YANG PERLU ADA WAKTU PENDAFTARAN ! ALERT K ?

1. Dalam borang adik mesti ada segala senarai dokumen yang dah dimaklumakan kan? Haaa so plssss sediakan dan bawalah segala dokumen yang diminta. Kalau dia minta  fotostat  sepuluh, sepuluh la adik perlu fotostat. Jangan membantah ok ? Dah masuk universiti msti la adik adik ni bijak pandai :)

2. Surat tawaran perlu printkan berwarna no blck and white. Dan pastikan bnda yang adik fotostat or print tu ada cop ketua kampung ke apa ke. Prlu ada cop tu. 

3.  MAKESURE segala dokumen yang adik fotostat spt slip SPM, surat beranak, kad pengenalan dll ada cop ketua kampung atau siapa yang layak perlu cop.

4. Gambar pasport ikut la brapa yang dia minta. Setiap borang akan disuruh letak gmbr haa jgn lupa lekat k.

5. Jangan lupa untuk cek doktor ttng mklumat kesihatan. 

Itu je la yang akak ingt. Kalau boleh ikut la apa yang dalam borang tu minta adik cuba lengkpkan. Perlu lengkpkan. Kalau tak nnt wktu pndftran adk akan stress, dah la berjauhan dgn family, kawan tak jumpa lagi, borng tak lengkap dan sebagainya dan itu la membuat adik stress time MDS. Masuk U ni best dik wktu MDS mmg student baru akan stress dan adik cuba hadapinye dengan SABAR, Jangan risau waktu MDS mana ada kena buli denga abang abang dan kakak senior. Don wori about that. Kita dah masuk U mana ada benda-benda macam tu.

!!!!!! PENAMBAHAN !!!!!!


Untuk beri borang yang adik adik isi tu tidak di minta pada hari pertama adik berdaftar. Akan ada 1 harinya untuk adik hantar segala borang dan dokumen yang diminta. Time tu memang sesak. Mana yang tak lengkap mcm surat tawaran tak cukup fotostat, tak ada cop nnt kat sana ade je tmpt nye.Tapi sayang laa kena beratur pnjg dan mmg sangat penat. Kalau adik lengkap semua yang diminta insyaAllah sekejap je urusan adik-adik cuma time nak ambil gambar untuk buat kad pelajar ambil masa sikit. Lepas habis urusan adik-adik boleh rehat. Hari pendaftaran tu la yang penting jadi mohon jangan ada yang balik sebab time pendaftaran tu membuktikan yang adik official menjadi pelajar UiTM. Lepas selesai pendaftaran tu adik akan rasa fuhh legaa ! ^^


BARANG DAN  PAKAIAN WAKTU MDS

1. Sewaktu MDS awak perlu memakai baju kurung sahaja bagi siswi.
2. Kasut sukan dan kasut bertutup
3. Baju kurang putih dan kain hitam. Yang ni akan pakai sekali je. Bukan waktu mula-mula tapi ada 1 hari tu kena pakai. 
4. Tudung bawal. No shawl. No tudung indon. No tudung ekin, intanst shawl no no. Tudung bawal sahaja, Don wori time MDS je nnt dah habis pakai la tudung apa adik nak pakai yang penting tutup aurat ikut syariat Islam baru Allah reda :)
5. Bawak kunci mangga untuk kunci almari baju.
6. Baju sukan
7.  Bantal, baldi, iron yang tu pndai pndai kome la duduk asrama bawak ape.

Akak harap apa yang akak post ini adalah manfaatnya kepada adik-2.  Jangan stress dan jangan sedih sedih ok time MDS ni. Alaa bukan lama pun. 

Siapa saya ? hohoho saya adalah student UiTM Seri Iskandar :) Selamat Berkenalan. Hoyeyy ! hoyeyy !

*kalau ada soalan try PM akk dkt fb akak k. InsyaAllah akak cuba jawab mana yang akak tahu.