Thursday, April 29, 2021

RUMAH SEWA

Hi and Assalamualaikum. Setelah sekian lama ya tak menulis dan hari ni muncul kembali. Haa tiber. Acah macam ramai pembaca agaga.

Aku ada banyak sikit masa terluang jadi kita guna la sedikit masa ni untuk menulis. Cuma nak bagitau saya sekarang dah jauh dari family. Dah tak duduk dengan emak. Sekarang dah duduk rumah sewa.  Sebab aku dah dapat kerja baru hehe.

Dan ini adalah pertama kali aku duduk rumah sewa. Alhamdulullah semua baik baik sahaja. Housemate roomate tuan rumah sangat lah baik. Keadaan rumah pun alhamdulillah selesa.

Sebenarnya mula mula aku dapat sewa bilik murah. 1 bilik kongsi 2 orang RM170. Paling murah tu. Aku sampai Ahad. Malam tu aku dah gigih cari bilik sewa lain. Esok lepas balik kerja terus tengok keadaan rumah tu dan aku puas hati. Jadi terus buat pembayaran. Lusa balik kerja terus kemas barang rumah lama masuk rumah baru. Duit rumah lama tu burn begitu sahaja ha ha ha ha.

Sebab apa? Sebab aku tak selesa rumah tu. Keadaan nya buat aku jadi tak happy so aku decide untuk cari lain. And alhamdulillah sekarang dah pun selesa and happy (sengih nampak gigi besi).

Untuk post kali ni aku tak nak cerita pasal kerja. Tapi cuma nak bagitau alhamdulillah tempat kerja baru pun semua nya baik baik sahaja. Ira masih seorang gadis yg ceria.



Ini ruang tamu and meja makan. TV tu berfungi hari hari layan drama pukul 7


Tu tempat iron baju. And kat luar tu ada tempat sidai baju.


Ini dapur. Masuk pintu tu ada mesin basuh.



Ini bilik saya. 1 bilik kongsi 2 orang.


Ada kolam hehe. Tapi tak boleh mandi. Covid.


Sewa bilik bulan bulan RM240 termasuk bil letrik dan air. Saya tahu ada orang nak tahu keadaan saya bagaimana di sini, hehe. So saya rajin kan diri saya menulis blog untuk awak yg ingin tahu. 


Ye kita rindu awak semua ♥️


No comments:

Post a Comment